NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Thursday, June 9, 2011

7 PERKARA GANJIL SETELAH DIKUBURKAN..

Posted by Nono AB Jalil at 6:38 PM
ASSALAMMUALAIKUM.....

Towk ada perkara yang harus kita taok sebagai seorang muslim.... aku mungkin bukan seorang yang ALIM tapi kita sebagai manusia dan juga umat ISLAM harus sentiasa ingat bahawasanya yang HIDUP towk pasti akan MATI....



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan
untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Dia
berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7
perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang
harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada
waktu malam, aku lihat
wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
telah mensyirikkan Allah
s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t.
menghinakan mereka dengan
memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat,
bagi membezakan mereka
daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli
ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka
sangat elok semasa mereka dimasukkan ke
dalam liang lahad. Tatkala malam
hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat
wajah mereka telahpun
bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya,
wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda,
mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu
hidupnya. Sesungguhnya solat
merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka
sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku
lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti
biasa sahaja. Pabila aku
menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung,
keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada
perutnya itu."

"Mereka itulah golongan yang gemar memakan
harta yang haram, wahai anak
muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat
yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu,
wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah
golongan manusia yang derhaka
kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w.t. sama
sekali tidak redha kepada manusia yang
menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat
panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya," sambung pemuda
itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan
pertengkaran dan tidak bertegur sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda, bahawa
sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari
bukanlah termasuk dalam
golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku
lihat, sewaktu siangnya lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku
menggali semula kubur itu, ku lihat

mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air
hitam yang amat busuk
baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan
harta riba sewaktu hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai tuan
guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda,
mereka itulah golongan manusia
yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan
ilmunya sewaktu hayat mereka.
Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan
kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita
datang dan kepadaNya jwak lah kita akan balit suatu hari kelak.Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal
yang kita polah, hatta amalan sebesar zarah.....

WASALAM....

0 comments on "7 PERKARA GANJIL SETELAH DIKUBURKAN.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal