NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Friday, August 26, 2011

Siapa dan Kenapa disebalik FAKE PROFILE?

Posted by Nono AB Jalil at 12:39 AM 0 comments
Konnichiwa minna-tachi!! /hihi


Whaddup!!!
Pernah tak korang menghadapi masalah fakers nie?
/XD
Sepanjang-panjang aku berfacebook dulu, belum ada lagi.
Tak tau lah kalau sekarang nie.
Well, memandangkan aku sekarang takde facebook.
Aku tak tau cerita lah nya samada picture aku ada dipakai para fakers ke tidak.
Kawan aku nie pernah lah jugak terkena.
Yola, susah muka cantik nie, ada je yang nak jadi orang tu.
/wahaha
Nak jadi tu tak salah, tapi jangan lah sampai nak pkai picture orang tu.

Kes fake profile di Facebook bukan perkara yang asing lagi aku rasa. Bermula dari awal kewujudan facebook dahulu sampai sekarang ada je kes fake profile ni. Aku terpikir juga siapa di sebalik fake profile dan kenapa wujudnya fake profile.?



Bagaimana fake profile yang aku maksudkan.? Bagi aku, kalau ambil sekeping dua gambar lain, tapi keseluruhan facebook masih lagi ada gambar dia, itu tidak dikira fake profile. 
Yang dmaksudkan dengan fake profile adalah satu profile tu, semua gambar yang ada bukan gambar pemilik sebenar. Dan info juga direka-reka entah datang dari mana. /dignose

Kalau ditanya kepada aku, antara lelaki dan perempuan, siapa yang lebih banyak berselindung di sebalik profile ini.?
 Memang la aku jawab perempuan kan..:) 
So kita pikir kenapa mereka ini buat fake profile. 

Berikut beberapa isi yang aku rasakan. Kalau ada pandangan lain, dialu-alukan.:) 


1. Admire 

Perempuan dia ada satu sifat admire. /please
Dia boleh admire giler² dengan artis dalam negara/luar negara, atau sesiapa sahaja. 
Dan perempuan juga boleh admire kepada perempuan lain yang mereka jumpa disekeliling mereka. 
Bukan bermaksud dia ni jenis lesbian atau apa. 
Lebih kepada dia kagum dengan seseorang perempuan disebabkan sifat dan sikap yang ada pada perempuan itu. 
Lelaki ada juga, tetapi agak jarang nak jumpa. 


Biasa perempuan yang kena macam ini adalah dari golongan artis atau blogger terkenal. 
Sebab aku ada perasan juga kes macam ini, tetapi tidak ambil port sangat aku. 
Tetapi kalau perempuan, memang dia ambil port.:). 
Dan juga kes ambil gambar dari profile² lain. 

/blur
So bila terlebih admire, dia akan merasakan dirinya hendak jadi seperti perempuan yang disukainya.
 Ada yang jenis ikut cara pemakaian, ada yang jenis ikut penampilan, ada yang jenis ikut perbuatan, dan ada yang sampai satu tahap dia buat profile facebook perempuan yang dia admire tu. 
Dia rasa dengan buat begitu dia adalah orang yang dia admire itu secara maya, walaupun bukan secara realitinya. 


2. Musuh 

 Musuh adalah salah satu sebab yang kukuh untuk wujudkan fake profile. Musuh dari kalangan perempuan boleh jadi sebab ex gf yang lepas, atau mereka sesama perempuan ada kisah tersendiri yang mejadikan mereka adalah musuh. Fake profile adalah cara yang sesuai yang melepaskan geram kepada musuh. Kebiasaannya musuh dari kalangan perempuan seperti ini dia akan memburukkan dirinya sendiri di wall, pastu info pun yang buruk². 
/omg



Kalau musuh dikalangan lelaki boleh dikatakan sebahagian besar dia adalah ex-bf untuk perempuan tersebut. Mungkin putus tanpa kerelaan kot.:). 
Kalau musuh perempuan di wall dia akan kutuk diri sendiri, kalau musuh jenis lelaki ni dia akan kutuk diri sendiri juga, tetapi dorang ada satu bonus jika mempunyai gambar² ex gf dia tu. 
Macam kes latest aku bulan lepas. Sakit betul hati. /wahaha


3. Bawah umur

Bawah umur pun termasuk ke.? Ye la..ha².. 
/hmm
Sebenarnya apa yang aku maksudkan bawah umur ni, mereka tidak admire, mereka juga bukan musuh, cuma mereka tidak tahu apa yang mereka buat tu sebenarnya adalah salah. 
Bagaimana mereka boleh tak tahu mereka tidak salah.? 
Korang pernah dengar perkataan noob kan?



Ok kalau korang seorang blogger, korang pernah tak buat salah masa awal² berblogging dahulu.? buat itu, buat ini, last² baru korang tahu salah rupanya apa yang korang buat tu. 
So sama juga la kes fake profile ini, mereka tidak tahu mereka buat salah. 
Mereka ingatkan itu biasa je. 
/floor
Nanti bila dah orang bagitahu dan hentam sikit baru mereka tahu mereka sudah buat salah. 
So kalau dah tahu baru boleh kata cukup umur, bukan bawah umur lagi.:) 
Macam adik aku.


4. Saje test market 

Ini lebih kepada saintis dalam alam maya la. 
Mereka buat sebab saja². 
Tiada niat sangat hendak menjatuhkan seseorang, tiada post yang mengarut² tetapi mereka menggunakan gambar orang lain. So orang jenis ini suka test market. 
Dia hendak tahu apa yang jadi kalau dia buat macam ni. 
Berapa ramai yang add, berapa ramai yang tertipu, berapa ramai yang melayan. /hmm


Mereka ada bakat saintis, kerana suka menganalisis, tetapi sayangnya analisis benda lain pula.:) 


5. No Life. 

Aku rasa kalau bukan tergolong dalam 4 di atas, ini sahaja yang mampu aku katakan. 
Orang yang buat tu memang tak de life la. 
Hidup berseorangan dalam dunia ciptaan sendiri.:) 


Memang sedia maklumlah kalau yang buat fake profile ni, gambar yang dia ambil sebahagian besarnya adalah perempuan, cantik, dan juga cun. 
Sangat sukar dengan fake profile yang menggunakan profile lelaki.
 ( aku ada jumpa 3 kali je, berbanding fake profile gambar perempuan :)  )
/please
Kalau korang tahu itu adalah fake profile dan kenal tuan asalnya, silalah bagitahu tuan asal. 
Kasihan dia teraniaya.
 Ke korang termasuk dalam salah seorang yang buat fake profile ni.?..ha³ 



Dear empunya info, sorry...
I copy you punya entry lah....
/hmm


Domo /bye

Tuesday, August 23, 2011

Aksi Si Chapikah Buchuk-buchuk

Posted by Nono AB Jalil at 8:35 PM 2 comments
Konnichiwa Minna-tachi!!! /hihi

Whassup olz... 
Here i wanna share some of my sister pictures
Kinda cute laa.... /XD
Chapikah chyang... Kakak chayang adik..!

Have a look... /hmm


amacam?? cute tak /please ???
Kalau budak kecik pakai tudung memang semuanya comey2 belaka.


kalau you perasan dengan baju tu, tu sebenarnya baju pra sekolah my adik jugak..
belong to Artikah the Rongak Girl /wahaha


/blur


/dignose


/floor


/hmm
here the last pictures...



Domo /bye

Sunday, August 14, 2011

Facebook.. Wajibkah?

Posted by Nono AB Jalil at 1:30 PM 0 comments
Konnichiwa Minna-tachi!!! /hihi


Hello muchy-muchy dear bloggers!!
How are you today?
/dignose

Ramai juga yang tanya kat aku.
"Eh! Eri! Ada facebook tak?"
Jawapan aku pastinya, 
"Nope! Takde.. "
Time tu dorang mesti heran /blur kenapa orang macam aku takde facebook. Dulu memang aku mengaku aku ada facebook tapi aku dah deactive kan facebook aku.

 Faktornya ada 2:-

  1.  Pasal nie perjanjian aku dengan Daddy cayang aku. "No social web accept BLOG". OK! DEAL! I`M ACCEPT!"
  2. Haa.. nie paling ditakuti. Gara-gara facebook, sesebuah rumah tangga boleh runtuh. Perhubungan yang terjalin boleh putus di telah jalan. Apa sebab? CURANG! /omg Kononnya jumpa pasangan yang lebih baik daripada si dia di FACEBOOK. Itu yang paling dikhuatiri macam tu. 

Tapi kan, walaupun aku ada facebook. Aku tetap setia kalau si dia benar-benar ikhlas. Kadang-kadang facebook nie boleh jadi dugaan. Aku dah berapa kali kena. Hahaha...  /XD

Ok, apa pendapat korang pasal laman web sosial facebook nie?
Bagi aku lah kan, facebook nie ada manfaatnya juga kadang-kadang tapi lebih terdorong kepada tak bermanfaat. Pasal facebook seseorang boleh lalai tau. Kalau yang dah kahwin tu, sah-sah rumah dia bersepah dan kalau ada yang ada anak tu, jangan-jangan anak berak pun dia tak sedar. 
Hahahahahah.... /wahaha
Fitnah pun boleh timbul kat facebook nie. Adui..... 

/nobigdeal
Jujurnya lah, aku adalah jugak jeles dengan orang yang ada facebook nie. Pasal kalau guna facebook, blog cepat famous tapi aku abaikan. Aku tak nak addicted sangat dengan facebook. Bahaya! /please
Sekarang nie, kebanyakkan link, pastinya related dengan facebook.

Haa,Kalau dulu aku luah perasaan aku kat facebook, 
sekarang ni aku luah perasaan aku kat blog

Lagi panjang aku boleh taip. Hehheheheh..

Dah lama aku takde facebook nie, aku terfikir. 
Wajibkah ada facebook?
Bagi aku facebook tu trends je lah. Kononnya, kalau takde facebook.
 `KUNO IT`.
Whau!! I`m not..~
Buktinya aku masih ngadap lappy aku.

Jadi, facebook nie taklah wajib sangat nak ada. People still can survive without it.
Lama kelamaan aku jadi tak kisah kalau takde facebook.
Buat apa aku nak dengan facebook kalau sekadar akan merosakkan perhubungan aku?
Tu je aku selalu fikir.
Nanti kahwin kah aku dengan facebook?
Hahahahaha... /XD
Mestilah tak!
Dengan real person jugak aku kahwin..


Mudahan jodoh berpanjangan dengan izin-Nya.

So. fikir-fikirkan lah bahawasanya FACEBOOK ini lebih membawa kepada :-

  1. Malapetaka
  2. Keruntuhan moral
  3. Sosial
  4. Fitnah
  5. Keruntuhan rumah tangga / putus hubungan
  6. Lalai
  7. Buang masa
  8. Wujudnya sindiket penipuan
  9. Bazir duit (kowt lah addict sangat sampai hari-hari pergi cyber cafe)
  10. Dugaan terlebih (siapa yang tak tahan tu. Menangis lah jawabnya)


Hehehe... yang tu je yang keluar dalam otak aku.
/hmm Yang lain-lain tu, fikir-fikir sendiri lah.
Banyak negatif dari positif facebook nie. Orait? 

Domo /bye

Saturday, August 13, 2011

Rahsia Garis Tapak Tangan

Posted by Nono AB Jalil at 11:44 PM 2 comments
Konnichiwa Minna-tachi!!! /hihi


Ni aku ada copy paste something dari blog orang...
Dear owner, jangan marah yea..? /please
Hehe.. nie adalah rahsia tapak tangan..

wow . macam best ! jom jom . baca ! dibaca dan diambil. so , selamat membaca . tp jangan terlalu percaya kerana ini hanya sekadar untuk menambah pengetahuan sahaja :) 




baca berdasarkan nombor pada gambar diatas . so , gud luck !


1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran Dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika IA jelas, terang Dan lurus, IA memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran Dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan Dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang Dan lurus, IA menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan Dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus Dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, Ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ Dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama! 

4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah IA terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.

5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas Dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, IA menunjukkan kamu akan menjadi kaya Dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, Ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis kesihatan /omg
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus Dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal Dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua Dan seterusnya…

8. Garis bilangan anak /floor
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya Mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus Dan pendek yang kamu miliki Dan IA sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas Dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah Dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna Dan bahagia. Tentu sekali IA mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas Dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu Ada Dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal Dan maut di tangan Tuhan kan ?

Bila jari kamu dirapatkan…. /blur
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng Dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu Dan tengok sama kamu boleh lihat Ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud IA tidak rapat Dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya Dan pentingkan diri sendiri.
Wah! Wah! Nasib baik aku pemurah.. :P (tak malu puji diri)



Domo /bye 

Tuesday, August 2, 2011

HEARTSTABBER

Posted by Nono AB Jalil at 5:38 AM 0 comments
Konnichiwa Minna-tachi!! /hihi

Selamat berpuasa kepada blogger yang bakal berpuasa pada hari ini.
Salam sejahtera daku ucapkan pada IMSAK pagi ni.
Jam menunjukkan 5.08am. Dah masul waktu imsak kat sini, tu pasal aku cakap imsak.
/XD

Well,last night i`m having conversation with my Daddy.
 He is obviously seriously with me.
Kinda terkilan aku dibuatnya and now i realize it`s all my false.
Am i HEARTSTABBER /omg?
You might be use to hear BACKSTABBER right? But i`m here gonna change it into HEART.

What i can says now?
I am totally feel regret about all the things i have done before. 
/floor I should learn to faced it and REDHA to everything that ALLAH has gave it to me.
Mistakes can be happen anywhere, any place and at any moments.


Past are past..
Now are now..
and
Future are future..

Can`t i understands something very easy ? /hmm
How dumb am i?
I should knew it a few months ago! Not now!
Apa lagi yang aku nak kan?


I`m so sad about his melancholy.
I should set up my mind once again and enough thinking about something gonna break our line down.
Now i also realize that i feel so damn lonely without him by my side.
/blur


Domo /bye


Monday, August 1, 2011

Saat Menanti Waktu Berbuka Puasa

Posted by Nono AB Jalil at 6:19 PM 0 comments
Konnichiwa Minna-tachi!!! /hihi

Konbawa BLOGGER sekalian alam..
Hee..Kusyuk-kusyuk aku layan lagu..
Aku tertatap gambaran facebook /dignose adik aku si Nini..
Banyak jugak lah aku tengok dorang mengadu..

Contohnya lah...
‎-S'tngah jam gk ya 

boring eh!!!!cepatlah msa!!aku dah lapar toX!!


Kesian aku tengok budak-budak tak tahan lapar(lebih kepada dahaga sebenarnya)..

Teringat aku zaman aku kecik-kecik dulu..
/blush
Mak aku umpan aku puasa guna duit..
Pasal aku nie degil ckit nak puasa..
1hari puasa dapat RM2 dan kalau 1/2hari puasa dapat RM1.
Jadi,setiap hari aku kira duit yang bakal aku dapat raya kelak.
Last-last, bila dah raya, aku tagih duit aku, mak aku cakap budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak.
Merajuk lah aku dibuatnya /hmm pasal dah tak dapat jumlah aku nak. hihihihih..

Akan tetapi, sejak daripada hari tu jugak, aku dah start berpuasa sampai sekarang walaupun tak pernah penuh.
Al-maklum lah, /please aku kan perempuan. Puasa tak pernah penuh. Kena ganti lah jawabnya. /XD

Domo /bye




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal