NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Sunday, February 26, 2012

Contact Lens Fake vs Original

Posted by Nono AB Jalil at 4:30 PM
Huhu.. bila tengok je lens-lens yang dorang jual kat internet nie, suka pulak aku. 
Tambahan pulak pemakaian boleh dipakai selama setahun (max) or 6bulan (min) dan harga dia yang murah (psikologi untuk tarik pelanggan)
Bila aku dah beli, (3pulak tu), aku pakai, whoa! Memang nampak cantik dan warna lens pada mata memang sangat jelas.

(FAKE LENS)


Tapi, aku rasa lens tu FAKE
Why?

Pasal bila bukak je mata aku macam merah-merah darah dan terasa sedikit pedih berbanding dengan pemakaian lens yang aku beli dari kedai optics mahal sedikit dan pemakaian . selama 3bulan (max). Bila aku pakai yang fake, selepas 2jam atau 3jam mata aku mula terasa pedih (bila di bukak bertambah pedih sedikit) dan bila aku pakai yang ori, aku pakai dari pagi (9am macam tu) dan bukak petang (lebih kurang dalam jam 7pm) langsung tak terasa pedih tambahan bila pakai yang ori (esp SOFT LENS) mata rasa `ringan`, selesa dan rasa macam takde benda pun dalam kornea mata.

Mungkin kerana lens yang dijual di kedai optic tu ORIGINAL, jadi tidak mendatang kan sebarang kesan pada bebola mata aku berbanding dengan  yang tiruan.

(ORIGINAL LENS)

Memang tidak dinafikan warnanya kurang menyerlah jika dibandingkan dengan lens tiruan tetapi jika difkirkan  kesan pada kesihatan mata, agak berbaloi membeli yang asli berbanding tiruan.

Perbandingan 
(POSITIF)

FAKE
  1. Warna menyerlah dan cantik (terdapat dalam pelbagai variasi).
  2. Murah.
  3. Senang didapati.
  4. Tempoh penggunaan 1tahun(max) / 6bulan(min)
  5. via ONLINE.
ORIGINAL
  1. Tidak mendatangkan kesan negatif pada mata.
  2. Selesa dan ringan.
  3. Mata tetap tidak terasa pedih walaupun menggunakan lens terlalu lama (dalam tempoh 24jam).
  4. Boleh dibawa tidur petang (2-4jam).
  5. Asli.


(NEGATIF)

FAKE
  1. Mata cepat terasa pedih ataupun kornea mata tercedera.
  2. Boleh memudaratkan kesihatan mata.
  3. Hanya boleh dipakai selama 2 hingga 4jam (dalam tempoh 24jam).
  4. Tiruan.
ORIGINAL
  1. Penggunaan 3bulan sahaja.
  2. Warna tidak seberapa menyerlah.
  3. Tidak mempunyai perbagai variasi.
  4. Harga berpatutan (tidak mahal dan tidak murah).
  5. Sukar didapati (bagi yang berada di luar bandar [macam aku :)] ).

Cara untuk mengenal pasti..

Well, simple je lah.. Yang dalam botol tu tiruan lah.. Yang ori tak pakai botol... Sorry ler.. takde contoh. Korang boleh search lah kat Google eyh..

2 comments on "Contact Lens Fake vs Original"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal