NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Wednesday, July 18, 2012

Dihalau dari Rumah

Posted by Nono AB Jalil at 7:38 PM
Pelik ke dengan title entry...? 
Jangan ! Kerana itu adalah kenyataan yang terjadi dengan aku baru-baru nie.
Tujuan entry nie bukannya apa, aku cuma sekadar meluah perasaan aku yang sedih.
Allah je yang tahu waktu tu betapa sedih nya aku kena halau dari rumah oleh mak kandung aku sendiri.

Atas kesilapan yang sangat lah tak munasabah
Bayangkan je lah, gara-gara aku tak buang `hampas` kuah Laksa Sarawak , masakan yang pertama kali aku buat dihina sampah oleh mak aku sendiri. Laksa Sarawak yang mak aku hina sampah tu jugak dia makan sampai nak habis kuah tu. Kalau silap pun aku tak buang `hampas`, kenapa dia sendiri tak tolong tapiskan semasa aku takde kat rumah? Salah kah betulkan kesilapan anak sendiri? Kenapa nak makan jugak Laksa Sampah aku? Mak aku kata aku tak pandai buat, memang aku mengaku tak pandai buat tu pasal aku suruh mak aku buat. Dari bulan 3 aku beli pes laksa Sarawak, dari tempoh ke tempoh aku mintak mak aku buatkan pasal aku nak belajar buat Laksa Sarawak, lepas tu, nak salahkan aku tak nak belajar apa kes kan?

Bila aku kata, " Kalau dah rasa sampah kenapa nak makan jugak sampai habis? Sampai kami ( adik dan bapak tiri ) kebuluran lapar nak makan. Last-last tengok mihun habis, kuah laksa tinggal separuh? ".

Mak aku jawablah, " Kalau dah lapar, makan je lah !"

Bagi aku lah kan, kalau betul rasa sampah memang takde yang nak makan. Maggi rumah nie banyak, kenapa LAKSA SAMPAH jugak yang nak dimakan kan?

Last-last, mak aku membebel melencong dengan ayat-ayat yang kurang sedap dan ada unsur lucah, aku rasa marah dan baling gelas kaca kat dapur. Kesabaran aku memang ada had pasal aku pun manusia.

Tu mak aku asyik tekankan, " Oh.. Tau ko malu? Selama nie ko diam. Aku ingat selama ni ko tak tau malu. Berambus ko dari rumah malam nie jugak ! Aku tak nak tengok muka ko lagi !"

Ya ALLAH ! Bukan perkara malu atau tak tapi kalau dah ayat macam celaka, siapa yang  dapat tahan? Ye betul, dulu aku diam pasal aku nak respek mak aku. Aku taknak kurang ajar kalau boleh, tapi nie bukan sekali aku dihina bertubi-tubi. Nie dah kali ke berapa pun aku tak tahu. Aku puas dihina dari kecik tapi aku diam. 

Sebabkan perkara tu jugak lah aku dihalau dari rumah. Segala barangan aku mak aku tikam ke luar . Rasminya, tengah malam tu
 ( nak dekat jam 1am kalau tak silap )
aku dihalau dari rumah.

Malam tu aku bermalam rumah kawan aku. 
Keesokkan harinya, kakak kepada tunang aku ambil aku ( tunang aku sekrang ada kat Kelantan ). Aku bermalam rumah keluarga tunang aku.

Lepas 2 hari aku tak balit rumah, mak aku datang mengusung nak ambil aku. Mula-mula aku tak nak balik, tapi dah mak aku mintak maaf akhirnya aku balik jugak.

p/s: biar hina mana pun masakan anak, kalau tu 1st time dia buat, tolong lah puji atau bagi teguran yang membetulkan ke apa. Bukan menghina tapi dimakan jugak. Anak tu pun manusia dan ada perasaan, tak semestinya `ibu` je yang ada perasaan dan si ibu je yang betul walaupun memang benar syurga dibawah telapak kaki ibu. Kena beringat jugak, si ibu tu pun manusia biasa yang tak pernah lepas dari membuat kesilapan. Bukan anak je yang perlu berhati-hati dengan kata-kata tapi ibu pun sama. 

Sekian 

2 comments on "Dihalau dari Rumah"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal