NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Wednesday, August 1, 2012

Kad Permainan Illuminati. Kebetulan Atau Dirancang?

Posted by Nono AB Jalil at 9:55 PM

Di dunia realiti dan maya dah pown heboh pasal Agenda Yahudi di Sukan Olimpik di London 2012 kan. Aku pown ada cerita pasal kontroversi pasal Maskot, Stadium Dajjal, Penghinaan Kepada Nabi Musa, Zionis dan macam lagi yang dapat dikaitkan dengan Olimpik 2012 tue di London. Korang boleh lihat entry tersebut kat Agenda Zionis, Freemason Dan Illuminati. Sekarang nie aku nak curik sikit masa korang untuk baca apa yang aku nak bongkarkan kat sini.

Okay gambar kad di atas menunjukkan Kad Permainan Illuminati. Kad ini dikeluarkan pada tahun 1995. Okay set dalam minda pada tahun 1995 taw. Apa yang mengejutkan aku, apa yang berada di kad tue, benar-benar terjadi selepas tahun 1995. Adakah ianya kebetulan? Aku nak huraikan satu persatu apa yang berlaku pada kad-kad tue pada dunia realiti. Semua kejadian berlaku selepas tahun 1995. Pelik tapi itulah kebenarannya.




Kita lihat terus pada KAD KE-2. Korang masih ingat peristiwa tentang serangan ke atas World Trade Center di New York dulu pada tahun 2001. Ia berlaku pada 11 September 2001. Korang google lah, semua ada pasal hal nie.
Lihat Juga --> http://bit.ly/R2R2uw Kejadian nie dirancang atau kebetulan berada di atas kad tersebut? Atas serangan nie, kita umat ISLAM telah dijadikan kambing hitam oleh Yahudi Laknatullah dan digelar terrorist. Mereka menuduh umat ISLAM yang menyerang menara WTC ketika itu. Osama Bin Ladien pada ketika itu dipersalahkan dan Yahudi menuduh Umat ISLAM yang bertanggungjawab. Padahal mereka sudah pown merancang pasal serangan ini. Caption di atas pown mereka dah letakkan, siapa yang melakukan serangan ini adalah pengganas. (Terrorist Nuke)



Bayangkan, mereka mencipta kad pada tahun 1995 tetapi seolah-olah mereka tahu kajadian yang akan berlaku ke atas pentagon nie. Waahhh pelik betul. Korang tengok, Pentagon terbakar di kawasan yang aku merahkan tue. Bukankah ini keadaan yang digambarkan di sini? Kad ini menunjukkan kebakaran yang membakar dgn kuat di halaman pusat Pentagon, tetapi yang lain bangunan itu kelihatan cukup tidak rosak supaya aktiviti biasa boleh terus tanpa halangan! Perhatikan kedua-dua tarikh nie. serangan dilakukan pada tarikh yang sama iaitu 9/11.



Dulu heboh yang muncul wajah di asap kebakaran yang berlaku pada serangan WTC tue. Wajah tersebut seakan-akan syaitan. Tapi aku not sure betul atau tak gambar tersebut diedit atau apa. Tapi dari info-info digoogle, gambar wajah asap itu bukan diedit. Ramai yang mengatakan itu hanya lah kebetulan. Tapi perhatikan pada kad yang ketiga nie, asap pada bangunan itu seperti membentuk wajah kan?
 Mata, mulut lengkap seperti wajah. Lihat sini Juga --> http://bit.ly/QdbfRv Kebetulan atau ia satu pemujaan syaitan api? Cisco Wheeler berkata bahawa iblis yang paling berkuasa dalam kerajaan Iblis dikenali sebagai Iblis Kebakaran (Yeke), ia adalah untuk-iblis bahawa orang-orang purba - termasuk orang-orang Yahudi - dikorbankan anak-anak mereka untuk Molech.  Kemunculan muka setan ini mungkin menjadi bukti bahawa serangan itu adalah korban untuk melakukan Ritual Pemujaan Syaitan Api yang dijalankan oleh Illuminati. Waalahualam.




Kad nie tak berapa nak faham tapi apa yang diresearch kan, maksud Kad : Center For Disease Control (CDC) ialah CDC nie sebuah organisasi yang mengawal penyakit seperti malaria pada asalnya. Hmm pening lah kad nie. Faham tue faham cuma tak dapat nak huraikan dengan detail. Argghhh. Apa-apa pown ia sudh pown berlaku. Kad : Epidemic pula mcm explain kat kita ia bukan bentuk serangan yang memusnahkan sesuatu tempat. Ia seperti virus yang membuat orang jatuh sakit. H1NI yang heboh 2 tahun lepas?? Adakah mereka yang mencipta virus2 ini? Ishh. Muskil2.



Kebetulan atau telah dirancang dengan teliti? Bagaimana kad illuminati yang telah dicipta pada tahun 1995 boleh tahu perkara2 yang berlaku pada tahun tahun-tahun berikutnya? Memang ia telah pown dirancang. Semua sudah tahu tentang peristiwa tumpahan minyak di Teluk Mexico akibat letupan pelantar cari gali minyak British Petroleum (BP). Untuk maklumat mendalam pasal Tumpahan Minyak di Mexico nie, korang google lah ye. :-)



Bencana yang menimpa Jepun pada tahun lepas sangat2 menyentuh sifat kemanusian. Di mana banyak kehancuran yang berlaku di negara matahari terbit tue. Tsunami berlaku akibat gempa bumi yang kuat dan menyebakan air laut memuntahkan ke bumi Jepun. So ada buat research sikit, negara barat mempunyai nuklear yang membolehkan terjadinya gempa bumi dan menyebabkan Tsunami berlaku. Abaikan. Allah S.W.T yang menjadikan semua, tanpa izinnya, ia takkan berlaku kan. Tapi adakah ia dirancang dengan teliti oleh golongan illuminati nie. Tengok pada kedua-dua kad, ia berlaku kan? Selepas tsunami, semua masyarakat takut akan radiasi reaktor nuklear yang berada di Japan akibat oleh kemusnahan Tsunami. Ia telah dirancang!



Pada kad kali nie menunjukkan kemusnahan menara jam. Tapi tak dapat dikenalpasti apa jenis menara Jam tue. Ramai mengatakan ia seperti Big Ben London. Lihat --> http://bit.ly/QnA8Jx Ada jugak yang kata Menara Jam Tokyo. Perhatikan pula lima orang yang berada di kad tersebut. Memakai baju berlainan warna. Korang perasan tak yang warna baju tue adalah warna Olimpik Ring iaitu Biru, Kuning, Hitam, Hijau dan juga Merah. Adakah kad yang dicipta pada tahun 1995 dapat mengetahui semua yang berlaku pada tahun hadapan.



Play dan Pause video pada masa 0.05 saat. Nampak Big Ben Clock di London ditendang dan senget seperti dalam kad?

Nampak sangatlah yang ia dirancang. Patot la London beriya-iya nak jadi tuan rumah pada Olimpik 2012. Agenda Freemason, Illuminati dan Yahudi banyak ditunjukkan pada Olimpik 2012. Adakah sesuatu akan berlaku? Di tambah lagi dengan spekulasi bahawa tahun 2012 akan terjadi bencana besar di dunia ini yang berkaitan pengakhiran kalendar maya. Iklan --> http://bit.ly/QdbfRv


Untuk makluman, permainan ini mempuyai 330 keping kad. Mungkin anda berminat untuk membeleknya satu persatu untuk mengetahui apa lagi yang di rancang.


 P/S : Sama-samalah kita memperkuatkan iman kita kepada Allah SWT. Mereka hanya merancang tetapi ingat, hanya ALLAH S.W.T yang akan tentukan. Mungkin juga para pengamal tasawuf boleh memberi sedikit komen. Salam.

0 comments on "Kad Permainan Illuminati. Kebetulan Atau Dirancang?"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal