NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Saturday, September 22, 2012

Kisah Si Bodoh dan Si Pengecut

Posted by Nono AB Jalil at 11:42 PM
Mula-mula aku baca cerita ni, nak kata kesian kat perempuan tu pun ada, nak kata bodoh pun ada gak~ 
Walau apa pun, jom kita baca ! 
p/s: aku tukar nama tempat jap ^^



Ada sebuah cerita mengenai si perempuan bodoh dan si lelaki pengecut. Cerita mereka bermula daripada topik pizza. Si bodoh ni selalu mengadu dekat facebook yang dia teringin makan pizza dan si pengecut nie pun offer kata nak belanja makan pizza. Si bodoh ni tak percaya pasal tengok tempat tinggal dia kat Kuala Krai tak lama suatu tempoh mereka saling berhubung antara satu sama lain. Si pengecut nie ceritakan tentang perihal diri dia yang memula masuk Islam dan perihal kes dia terlanjur dan ada anak luar nikah. Si bodoh ni ok la respon pasal tak da hati. Lama-kelamaan mereka makin rapat dan si pengecut pulak ada di KL. Si pengecut tunaikan la janji dia untuk belanjakan si bodoh ni pizza .

Kisah mereka nie mula2 memang sweet sangat tapi si bodoh ada kisa lalu nya yang tersendiri. Dia masih was2 menerima si pengecut nie sebab dia tak nak dikecewakan macam yang ex dia buat . Ex si bodoh ni buat, lepas dapat badan dia ex si bodoh tingglkn dia. Kesian dia.. tapi si pengecut lain. Dia kata niat dia ikhlas nak amik si bodoh jadi isteri dia dan dia janji kat si bodoh yang dia takkan tinggalkan  si bodoh walau apa pun terjadi  macam ex dia perna buat. Menangis la si bodoh mendengar cerita itu. Pada masa tu gak ciuman pertama untuk si pengecut diberikan oleh si bodoh dan lepas beberapa ari kemudian si pengecut bawak lak si bodoh ke rumah dia yang lama. Dekat situ gak la si bodoh menyerahkan diri dia dekat si pengecut walaupun niat hati si bodoh masih rasa takut. Namun, dia teringat dengan kata si pengecut yang dia nak amik si bodoh nie jadi isteri. ( Sedia maklum, perempuan mana yang tidak sudi jika ada yang ingin mngmbil mereka jadi isteri dan bukn tempat untuk membuang nafsu)  Masa tu si bodoh merelakan segalanya dirinya diratah oleh si pengecut dan sejak dari itu hubungan mereka semakin rapat ( hanya pada permulaan ).

Selepas beberapa hari, dia pulang lah ke tempat nya di Kuala Krai. Hubungan mereka waktu tu memang bagai sukar diptuskan. Telefon dan 3g memang setiap ari tanpa rasa jemu.  Si pengecut siap ingin membelikan cincin untuk si bodoh. Balik lah lagi si pengecut bulan 7 2011 pabila diminta oleh si bodoh. Saat tu si pengecut memberi cincin dan gelang emas putih yang dibeli untuk si bodoh. Gembira lah rasa hati si bodoh tapi cincin itu longgar maka dipulangkan kembali kepada si pengecut untuk dikecilkan . Setelah cukup tempoh si pengecut itu bercuti maka pulanglah kembali si pengecut ke sana dengan membawa cincin itu.
Mereka saling menceritakan perihal masing2 dan si pengecut kata si bodoh ni mungkin org yang ke-15. Mula2 tu mmg si bodoh kecik hati dan si bodoh pun cerita gak yang si pengecut ni orng ke-5 dia. Si bodoh tahu yang si pengecut nie mungkin akan kecik hati tapi bagi dia kalau betul si pengecut sayangkan dia, dia akan terima si bodoh walau sehina mana pun si bodoh.

Namun lama kelamaan hubungan kian renggang dan semakin renggang . Rasa cemburu si bodoh memang tak dapat dibendung dan dia menangis tatkala meliat gambar lama si pengecut dengan ex nya tapi lama kelamaan pudar.
Suatu ari mereka bergaduh besar dan si bodoh mintak putus setelah kurang dari 3 jam, mereka berbaik semula kerna si pengecut kata dia tak boleh hidup tanpa si bodoh. Semejak dari itu si bodoh yakin yang si pengecut takkan tinggalkan dia. Walaupun si bodoh kerap mintak putus tapi dalam hati dia tak pernah pun inginkan perpisahan sebab si bodo ni Cuma nak mintak dimanja dan disayang oleh si pengecut sebab si penegecut tinggal jauh dari si bodoh.

Walau bagaimana pun setelah masuk nya taun 2012 hubungan si bodoh dan si pengecut makin renggang dan banyak perkara yang berlaku namun mereka tetap harungani gak. Tetapi apa yang terjadi dengan teruk nya, hubungan mereka kian retak kerana facebook kerna gambar nya berdampingan dengan seorang perempuan. Bukan itu sahaja, si pengecut berselindung dari dari si bodoh tentang perkara itu. Menangis la si bodoh dengan teruk nya sehingga mereka menjadi sangat2 renggang.

Beberapa minggu berlalu, mereka semakin kurang berkomunikasi. Punca nya bermula dari saat si bodoh meletakkan status Its complicated ( bukan tanda putus pun ) menyebabkan si pengecut unrfiend kan si bodoh tu tadi. Maka putus la mereka. Selang beberapa hari, mereka berbaik tapi si pengecut tetap tidak add Friend sebalik nya meremove gambar mereka bersama dan selang beberapa hari lagi si pengecut meremove semua post2 yang si bodoh pernah post kat wall si pengecut nie .

Dengan sedih dan marah nya si bodoh bertanya dekat si pengecut sebab kenapa dia buat begitu dan yang ada Cuma alasan dari pengecut adalah, ` meluat` dan dia maksudkan post yang dia sendiri tag dekat si bodoh pun suatu perkara yang meluat bagi si pengecut.

Dengan menahan tangisan lagi,si bodoh tanya dekat si pengecut,apa lagi yang kau akan padam lepas ni? kau akan padam aku? Jawpan si pengecut sangat mudah,` tengok la nanti,belum tao` .Si bodoh tanya lagi samada si pengecut ada perempuan lain dan xnk tengok perempuan lain tu tengok post2 meluat si bodoh. Mula2 si pengecut taknak mengaku dan akhrinya mengaku dia ada perempuan lain.

Dengan rasa sedihnya si bodoh menangis dengan perasaan sebak dan mereka putus mulai saat si bodoh block kan number yang menjadi jalur hubungan mereka. Segak haritu gak si pengecut membenci si bodoh. Dengan bangganya si pengecut berkata dia buang si bodoh dari hidup dia. Si bodoh berasa sedih yang amat perit.

Si bodoh masih lagi menuntut janji sehidup semati, janji bahawa dirinya takkan pernah ditinggalkan  pada si pengecut namun diabaikan. Sebaliknya si pengecut bersikap seperti pengecut dan mengelak semua perkara.
Dirinya rasa seperti sama diperlaku kan ex nya dulu. Setela cinta dan kasih sayang didambakan untuk si pengecut, si bodoh jugak mendambakan tubuh nya untuk diratah si pengecut dulu. Si bodoh berasa sebak pabila teringat kerana hanya si pengecut sahaja yang kerap merata tubuhnya. Bagi nya kini,dirinya seperti seorang perempuan yang tiada harga kerna dia tahu tiada lelaki yang sudi menerima bekas lelaki lain.

Sehinggakan hari ini, dirinya masih diabaikan oleh pengecut. Setiap panggilan hanya dibalas dengan peti suara dan setiap sms yang dihantar belum tentu dapat balasan. Si bodoh masih lagi menanti cinta dari si pengecut yang telah mengaibkan dan membuat nya seperti tempat yang sekadar pembuang nafsu si pengecut .


Habis baca dah? Rasanya kan, si lelaki nie kalau dah pernah buat kat perempuan macam tu, memang dia akan ulang lagi.


4 comments on "Kisah Si Bodoh dan Si Pengecut"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal