NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Thursday, February 14, 2013

Isu Valentine Day

Posted by Nono AB Jalil at 9:38 AM
Di sini aku ada pendapat sendiri. Pada pendapat aku, tak perlu lah nak heboh sana sini kata itu ini haram. Diri sendiri tahu orang Islam yang sambutkan Velentine Day ni hari cukup lah. Korang perlu ingat, yang tu adalah sambutan untuk mereka yang Kristian. Sila hormat celebration day mereka sebagai mana mereka hormat sambutan kita ( Maulidur Rasul,  Raya Aidilfitri/Adha dan apa yang patut ). Tak perlu memburukkan sambutan mereka. Mereka ada agama mereka sendiri, kita ada agama kita sendiri. Apa perasaan korang kalau dorang memperlekehkan sambutan kita? Camtu juga rasa mereka. Ada Islam mengajar kita untuk melakukan keburukkan? Bukan salah Islam itu tapi umat nya. Dengan share dan publish sana sini untuk apa? Apa yang penting sebenarnya Aqidah korang sendiri. Aku tahu bab agama memang aku naif tapi pernah tak korang yang sebagai umat Islam itu sendiri ( bagi yang berkaitan ) sedar bahawa mereka kadang-kadang menjadi punca perpecahan golongan itu sendiri. Aku diam di Sarawak, peratusan non-Muslim lebih tinggi dari Islam ( terutamanya area aku ). Aku masih ingat lagi masa zaman sekolah masa sambutan Maulidur Rasul, mereka hormat kami sebagai Islam. Siap sudi tolong nak buat sepanduk bagai dan sukarela nak sertai barisan Maulidur Rasul. Mereka hormat dan takde nak maki sana sini pasal sambutan yang bukan milik mereka. 



Tindakan segenlintir orang di luar sana, tolong jangan timbulkan isu agama dan perkauman. Hormat mereka sebagaimana mereka hormat agama kita. Apa guna menjatuhkan sambutan agama mereka dan yang menjatuhkan itu, adakah korang terlalu sempurna? Jangan kata Velentine Day hari pesta seks, hari maksiat sebab tak perlu tunggu Velentine Day pun memang hari-hari ada orang buat seks dan maksiat kat mana-mana. 

Punca aku buat entri ni, kawan aku update status dekat Facebook kata kecil hati dengan segelintir sifat mereka yang menghina celebration mereka. Ada yang kata sambut  Velentine Day tiada pegangan agama dia kata. Kenapa kata tiada pegangan agama sedangkan mereka berpegang kepada agama Kristian?
 Kita yang umat Islam ni cukup lah nak pandang hina dengan keburukkan agama orang lain. 

Islam itu indah, Islam itu suci kan? :) 
Cuba sebarkan yang indah dan kebaikkan belaka dari keburukkan.

0 comments on "Isu Valentine Day"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal