NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Wednesday, March 6, 2013

About My Man Mr. H

Posted by Nono AB Jalil at 5:18 AM
He`s a simple guy. The most important is heart, he love me and i love him. He purpose me but not to become his girlfriend. Our relationship kinda new, walaupun masih baru, Mr. H sanggup keluarkan tambang untuk aku pergi ke rumah keluarga dia semata-mata nak kenalkan aku dengan semua ahli keluarga dia. Kalau you all fikir tambang bus, nope ! 100% salah.. Its ticket from Sibu to Kuala Lumpur and Kuala Lumpur to Kuching. Dia kata dia tak kisah, niat dia nak kenalkan aku dengan keluarga dia. Its just small matter to him dia kata.

Part yang aku suka dan berkenan pasal dia ni, masa mula kenal-kenal, dia direct kata dia suka aku dan pernah jugak dia mengaku ( lepas bercouple ), nak cakap sayang tapi risau aku fikir dia permainkan aku. Dia tak pakai ayat berkias-kias dan berbunga-bunga dan percaya tak kalau aku kata dia langsung tak pernah mengorat aku. He`s really my type ! Aku suka dengan lelaki yang tiada kejiwangannya sebab lelaki jiwang dan yang berkata-kata manis buat aku meluat dan menyampah. Totally out of my world.

Dia kadang-kadang suka berceramah pasal agama dengan aku dan sepanjang aku diam dengan keluarga dia kat sana, setiap kali keluar outing dan beli barang dengan mak dia dan Mr. H itu sendiri, memang aku pakai tudung walaupun aku agak tak pandai nak atur-atur or ber`stylista hijjab ni, dia lelaki yang pertama dapat buat aku pakai tudung selain daripada PLKN dan sekolah.

Masa aku sakit, ya Allah memang aku tak tahan sakit, boleh kata asyik menangis je tahan sakit. Aku tak tahu lah sakit apa, 2kali jumpa doktor, dia kata aku gastrik, bayangkan seminggu aku sakit kat sana kalau tak silap. Dalam tempoh itu jugak dia jaga aku, suap aku makan ubat, urut-urut aku bagi aku lega ( orang kata gastrik bagus kena urut untuk buang angin ). Last-last, mak dia tengok aku asyik sakit, mak dia belikan aku ubat cina. Mr. H aku bancuh lah air ubat tu untuk aku minum. Aku minum sampai aku asyik muntah-muntah minum air ubat itu pun, dia sabar je layan aku. Sampai meragam dan menangis aku kata tak nak minum. Dia pujuk-pujuk, pastu dia tengok aku tak dapat masuk air ubat, dia pergi campur dengan air 100% plus. Barulah aku dapat minum, siap kena suap makan sushi lagi itu. :)


Kalau nak cerita semua rasanya entah bila akan habis.

1 comments on "About My Man Mr. H"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal