NonoChan

Anda STALKER yang ke-

Nono Says - Page

Friday, March 8, 2013

Debit Advice Problem

Posted by Nono AB Jalil at 10:33 PM
Kepada semua pengguna Maybank2u, sini aku mohon dan memerlukan penjelasan daripada sesiapa yang tahu pasal DEBIT ADVICE ni. Benda ni boleh kata 1st time jadi kat aku dan masa tahun lepas takde pun jadi benda macam walaupun transfer melalui account bank yang berlainan ( maksud di sini adalah selain daripada Maybank2u ). 

Akan tetapi, kali ada pulak dan sampai RM8 pulak DEBIT yang dikenakan. Bukan tu saja, yang paling aku tak puas hati, orang lain yang transfer, si penerima pulak yang di charge. Kalau RM1-RM2 aku kurang kisah lah kot tapi ni sampai RM8. Aku tanya dengan pihak Maybank2u, tapi masih belum dapat respon. 

Kalau macam ni lagak nya Maybank2u tu, boleh bankrap aku. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit maa. Dari RM8 ke RM16 ke ratusan ke ribuan. Tak mustahil benda macam ni. Kalau 10 orang buat Giro transfer dengan aku, dan dah RM80 camtu saja hangus. Tak berbaloi benda nie. Bodoh kah apa charge sampai RM8? Ya Allah.. Sabar je lah. Dah lah belum bagi respon lagi pihak Maybank2u ni.

Bagi sesiapa yang tahu terutamanya pekerja bank lah ( lebih afdal ), aku mohon sangat-sangat penjelasan di sini.


Sekian terima kasih

2 comments on "Debit Advice Problem"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

- Nono Says: Desire for ❤ - Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal